10.9.11

River deep

Jumaat .
Dah dapat semua result , macam haremm -.- 1A6B2C . Bm aku C , cuba bayangkan ? Nasib baik cikgu baik hati gilaa , cikgu naikkan markah jadi 65 hihi :3 Harini benda yang aku tak expect nak jadi boleh terjadi harini en -.- Time balik , lepak dengan biskut-biskut semuaa haha ( dinie , farahahahaha , nida ) dengan Daya Burn :) Texting dengan fara sekejap , hahaha boleh en text tak pakai cred , pastu pass pass phone je . Pukul 2 lebih , kak Daya balik ayah dia amek . Tak lama kemudian kitorang pun balik . Kesian oh fara kena tinggal dengan biskut Tiger dengan kak Jyma , jauh gila -.- Sorry wakk , nanti pukullah kita puas-2 :p

Kak mine , sorry lah masa tu tak kena time laa . Akak pun boleh nampak yg muka cha ketat kan ? Haha sumpah malu asallah aku tak leh cover -.- Sorry tau layan akak nak tak nak je tadi , nanti kita buat balik kay ? Haha ;)

Petang , kelas math dengan cikgu Ruzmi . Balik tu kan nak hujan , adalah sorang budak gedik ni bernama Nur Fatihah Mohd Ali #tipulahkalautakkenal :D dia kann gedikk gila nak hantar kita balik sampai rumah . Dia cakap tunggu bas punyalah lama , baik dia hantar . Aku pun tak pernah naik motor dengan diaa . Dia pujuk punya pujuk last-2 okayy je lahh . Heee terima kasih awakk , dah la hujan kann ? <3

Malam , tusyen . Tusyen tak ada apa pun , interesting part time balik je . Tengah cakap-2 dengan Tia , Abbas tiba-2 datang bagi advice macam-2 . Then nampak ada satu group boys , jalan towards rumah sebelah tusyen aku . Rumah tu memang ada tahlil , aku tak berminat pulak nak amek tau siapa . Then nampak ramai orang yang familiar , tiba tiba ada Dia -.- Dia pakai kopiah pastu pakai shorts , boleh gerak ! Haha shorts bawah lutut pun boleh jadi kan ? Mula-2 dia tak nampak aku , gelap kan . Then maybe dia perasan ada orang usha dia kot , dia pun pandang straight pastu ter-eye contact sekejap -.-' MALU SEGAN MALU SEGAN aku terus buat tak kenal hihi :D Nasib baik ayah aku datang cepat ! Kalau tak bertambah tambah malu .

Sabtu .
12 - tusyen . Harini tiba-2 awal pulak , biasanya pukul 2 . Plan nak pergi rumah Nida , dia buat openhouse . Tusyen pulak ter-awal , plan semua dh lari . Balik tusyen pulak pukul 2 , nida punya openhouse dh habis dah . Straight call Tika , dia otw nak pergi rumah Nida kayy tepuk -.- Then dia paksa aku datang , pergi rumah lain pulak . Siap-2 , suruh sesiapa amek . Farah Hanym amek wehh :D Gerak rumah nida . Kat sana dh ada Syifa' dengan Tika . Makan sekejap , then gerak Samudra ada openhouse dekat sana pulak . Tau takk , Nida Huwaida comel gilaa cantik semua ada lah ! Jealous kot tengok dia hihi <3

Otw ke rumah Farqan , hujan . Mula-2 rintik , then makin lebat tapi tak lebat sangat . Aku lah yang paling basah , dh lah pakai baju kurung -.- Yang lain semua pakai tshirt je , kalau aku tau pakai tshirt je takde aku nak siap-2 tadi . Tunggu dekat bawah satu kedai burger ni , then Syifa' call boys suruh datang amek . Dah nak reda tu , Bad Shah , Asrul dengan Haziq datang . Bonceng lh sorang-2 . First time weh naik motor dengan laki , Bad Shah pulak tu -.-Boleh kan dia cakap membe dia suruh dia jaga aku ? Haha boleh gerak ! Sampai rumah Farqan , menggigil kot . Basah tak basah masuk rumah dia , muka tak tau malu terus cari makanan :D Dh makan makan , salam mak dia pastu gerak rumah Fatin Fathila pulak *betul ke eja nama dia ? -.- Makan-2 macam biasa , dalam pukul 6 gerak pulang .

Syifa' dengan Farah Hanym dengan sepupu Farah balik , boys hantarkan naik motor . Jauh la jugak kan , daripada Casma . Aku dengan tika jalan je , dh biasa kan . Depan padang dekat selasih , daripada jauh lagi dh nampak group of boys & girls , macam rempit la kan tapi tak act macam rempit pun . Bila dh dekat , baru aku perasan Dia ==' Dia depan sekali pulak tu . Ramai kot masa tu , macam mana aku boleh terpandang Dia pun tak tau la . Eye contact sekejap weehee . Aku dengar "Eh cha lahh -,- " pastu tetiba ada "Allahuakbar" siapa tah jerit ==' Eeeee kenapa aku kena jumpa kau ahh ?! Kau tau tak dalam seminggu ni boleh kira hari-2 aku ternampak kau . Bukan ternampak je , siap eye contact lagi tapi kau ada tegur aku ke ? Kat mana-2 aku pergi mesti nampak kau kan ? Malas lah nak keluar dh lepas ni !

Balik dalam 6.45 sampai rumah , Tika hantarkan woot woot . First time dia bawak motor pergi seberang , first time freehair sampai seberang , first time lalu sini jalan-2 , banyak lah first time dia . Awak berani bila ada saya kan ? Haha #perasan -.-

#panjang gila -____-'